Login Ahli


Kaunter Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini18
mod_vvisit_counterSemalam154
mod_vvisit_counterMinggu ini869
mod_vvisit_counterMinggu lalu1361
mod_vvisit_counterBulan ini1947
mod_vvisit_counterBulan lalu7721
mod_vvisit_counterSehingga kini33104

We have: 3 guests online
Your IP: 38.107.191.116
 , 
Today: Mar 11, 2010

Senarai IPTA

 
  
  
  
  
  

Pautan Pendidikan

 
 
 
 
 
 

Last Modified

Tuesday 09 March 2010, 12:42

Carian


Laman Popular

Laman Popular Daerah Segamat

Hebahan

Pengumuman
Kepada guru-guru yang ingin memasukkan aktiviti setiap unit/laporan/pengumuman atau apa-apa sahaja maklumat ke dalam laman web sekolah, sila maklumkan kepada webmaster untuk tindakan.

Tahun Hijrah



Falsafah

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


Chat@Palong


Latihan Kebakaran PDF Print E-mail
Written by webmaster   
Tuesday, 09 March 2010 12:25
Latihan kebakaran kali pertama tahun 2010 telah diadakan pada hari ini yang bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar sekiranya berlaku kebakaran.  Program ini yang terkandung dalam takwim wajib sekolah-sekolah adalah bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pelan kecemasan tersebut dan sekali gus dapat mengelakkan sebarang kejadian buruk daripada berlaku.  Sehubungan dengan itu, para pelajar dan kakitangan sekolah dinasihatkan agar sentiasa peka kepada peraturan kecemasan kebakaran yang telah digariskan.
Last Updated on Tuesday, 09 March 2010 12:42
 
Sambutan Maulidur Rasul 2010/1431H PDF Print E-mail
Written by webmaster   
Friday, 05 March 2010 07:02
SMKPL, 5 Mac 2010 - Setiap tahun tanggal 12 Rabiul Awal, umat Islam akan memperingati tarikh kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W atau dikenali sebagai Maulidur Rasul.  Sambutan ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang sejarah dan keunggulan Rasulullah S.A.W yang perlu dicontohi dalam setiap aspek kehidupan.  Semoga sambutan ini dapat melahirkan pelajar yang menghayati keperibadian Rasulullah S.A.W dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.
Last Updated on Friday, 05 March 2010 09:29
 
STPM 2009 Lulus 100% PDF Print E-mail
Written by webmaster   
Thursday, 25 February 2010 13:29
Warga pendidik SMK Palong Timur mengucapkan tahniah dan syabas kepada calon-calon STPM 2009 yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan di samping mata pelajaran Sejarah mendapat kelulusan 100%.  Secara keseluruhannya juga, SMK Palong Timur telah berjaya mengekalkan kelulusan 100% dalam peperiksaan STPM 2009.  Analisis penuh keputusan peperiksaan STPM akan dipaparkan pada minggu hadapan.
Last Updated on Thursday, 25 February 2010 13:40
 
Kejohanan Desaton 2010 PDF Print E-mail
Written by webmaster   
Saturday, 06 February 2010 12:42
Pada hari ini, Unit Sukan SMK Palong Timur telah berjaya menganjurkan Kejohanan Desaton SMK Palong Timur  2010 yang merupakan kejohanan tahunan sekolah.  Kejohanan ini merupakan program berterusan Unit Sukan dalam mendidik dan melahirkan pelajar yang aktif dan cergas selain mengeratkan hubungan sesama guru dan warga SMPL serta masyarakat setempat secara keseluruhannya.  Tahniah dan terima kasih kepada semua pemenang, guru-guru, para pelajar, PIBG, Kelab Belia, anggota polis dan anggota RELA yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Last Updated on Monday, 08 February 2010 16:50
 
Kejohanan Padang dan Balapan Kali Ke-14 2010 PDF Print E-mail
Written by webmaster   
Wednesday, 10 February 2010 10:08
SMKPL, 10 Februari 2010 - Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, Kejohanan Padang dan Balapan peringkat SMK Palong Timur bagi kali ke-14 tahun 2010 dapat dijalankan dengan sempurnanya.  Kejohanan ini dirasmikan oleh Y.B Datuk Hj. Othman B. Jais, Timbalan Speaker Negeri Johor merangkap ADUN Kawasan Buloh Kasap, Segamat.  Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kejohanan padang dan balapan ini dilihat sebagai platform terbaik untuk melahirkan pelajar yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani, intelek dan rohani.
Last Updated on Wednesday, 10 February 2010 10:20
 
Sukantara PDF Print E-mail
Written by webmaster   
Thursday, 28 January 2010 11:19
Sukantara SMK Palong Timur telah pun bermula pada 26/1/2010 dan dijangka tamat pada 28/1/2010.  Sehubungan dengan itu, semua pelajar-pelajar ahli rumah sukan masing-masing diminta untuk menghadirkan diri sepanjang berlangsungnya acara tersebut.  Ini adalah kerana pungutan mata akan diambil kira untuk penentuan dalam kejohanan olahraga peringkat SMK Palong Timur nanti. Semoga berjaya kepada semua pasukan.
Last Updated on Friday, 29 January 2010 13:42
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 11