Home

Program UMNO Juara Rakyat

  • PDF
  • Print
SMK Palong Timur, 24 Julai 2010 - Program UMNO Juara Rakyat merupakan aktiviti pemimpin bersama rakyat yang dianjurkan oleh UMNO Segamat.  Program ini diadakan di Kompleks Felda Palong Timur, Segamat dan telah dirasmikan oleh YB. Datuk Hj. Ahmad B. Hj. Maslan, Timb. Menteri di Jabatan Perdana Menteri.  Sehubungan dengan itu, beliau turut sama melawat aktiviti yang dianjurkan oleh SMK Palong Timur iaitu, Karnival Kokurikulum dan Seminar Motivasi Kecemerlangan Skim Tuisyen Felda.  Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada YB. Datuk Hj. Ahmad B. Hj. Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di atas kesudian beliau melawat program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
 

Karnival kokurikulum 2010

  • PDF
  • Print
SMK Palong Timur, 24 Julai 2010 - Karnival kokurikulum Unit Beruniform merupakan program kemuncak untuk aktiviti badan beruniform SMK Palong Timur yang melibatkan beberapa aktiviti pertandingan dan ujian kemahiran.  Program ini juga merupakan lanjutan daripada Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform yang akan berlangsung kelak.
 
Objektif:
  • Menguji kemahiran dan kepandaian ahli terhadap ilmu yang telah dipelajari
  • Memupuk semangat kerjasama antara ahli dan kumpulan
  • Memupuk jatidiri dan sifat kepimpinan pelajar
  • Memenuhi keperluan aktiviti kokurikulum pelajar
 

Hari Terbuka Sekolah

  • PDF
  • Print

SMKPL, 6 Julai 2010 - Hari Terbuka Sekolah merupakan hari perjumpaan di antara ibu bapa/penjaga pelajar dengan pihak sekolah terutamanya guru tingkatan masing-masing.  Tujuan perjumpaan ini adalah untuk menyerahkan pelaporan prestasi pelajar ataupun kad kemajuan akademik pelajar kepada ibu bapa/penjaga pelajar.  Di samping itu, ia juga bertujuan untuk membingcangkan mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dan ibu bapa di samping mencari jalan penyelesaian terbaik dalam menangani masalah tersebut.  Apa yang menjadi harapan pihak sekolah ialah agar pencapaian akademik dan sahsiah pelajar dapat perbaiki dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian akademik dalam peperiksaan yang seterusnya.

 

Hari Koperasi Sekolah 2010

  • PDF
  • Print

Perayaan Hari Koperasi Sekolah (HKS) mula disambut sejak tahun 1995 dan tahun ini merupakan tahun ke-5 HKS disambut di peringkat sekolah dengan pelbagai aktivtiti berdasarkan garis panduan yang disedikan.  Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jati diri murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

Tema sambutan pada tahun ini ialah “Kreativiti dan Inovasi Memperkasakan Koperasi Sekolah”.

 

Page 5 of 27

Banner

Login Ahli

Kaunter Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini1380
mod_vvisit_counterSemalam1806
mod_vvisit_counterMinggu ini8101
mod_vvisit_counterMinggu lalu15733
mod_vvisit_counterBulan ini17242
mod_vvisit_counterBulan lalu65785
mod_vvisit_counterSehingga kini243592

We have: 18 guests online
Your IP: 38.107.191.118
 , 
Today: Sep 09, 2010

Senarai IPTA

 
  
  
  
  
  

Hiperrangkai

Last Modified

Thursday 09 September 2010, 12:25

Hebahan

PENGUMPULAN MAKLUMAT ALUMNI SMK PALONG TIMUR

Jawatankuasa Laman Web SMK Palong Timur adalah dalam proses untuk mengumpul maklumat alumni SMK Palong Timur.  Sehubungan dengan itu, diminta semua alumni SMK Palong Timur dapat menghantar butir-butir diri berikut bagi tujuan tersebut:

Read more...

Mutiara Kata



Senarai PPD Johor

Chat@Palong