Home

Sambutan Hari Guru 2010

  • PDF
  • Print
SMK Palong Timur, 17 Mei 2010 - Sebagai menghargai jasa-jasa guru sebagai pendidik yang penuh dedikasi, Sambutan Hari Guru peringkat SMK Palong Timur telah diadakan dengan meriahnya.  Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara guru-guru dan para pelajar.  Tidak lupa juga sekalung tahniah kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2009 dan semoga anugerah ini akan membuatkan guru-guru lebih bersemangat untuk menjalankan tugas sebagai pendidik anak bangsa.  Seiring dengan tema hari guru pada tahun ini iaitu "Guru Pembina Negara Bangsa", maka diharapkan agar objektif sambutan hari guru akan tercapai sepenuhnya.
 

Program Gotong Royong Perdana

  • PDF
  • Print

SMK Palong Timur, 15 Mei 2010 - Program Gotong Royong Perdana merupakan program yang julung-julung kali diadakan pada tahun ini yang bersempena dengan Sambutan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei setiap tahun.  Program ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan menjalin hubungan mesra serta memberi ruang kesempatan kepada semua warga sekolah untuk saling bekerjasama di antara satu sama lain untuk membersihkan dan menceriakan persekiran sekolah.

[Lihat Gambar]

 

Majlis Pelancaran Perfect Skor 'A'

  • PDF
  • Print

1.  Nama Program : Program Perfect Skor A

2.  Matlamat :          

     i) Meningkatkan pencapaian pelajar dari segi kualiti

       dalam peperiksaan SPM dan PMR

     ii) Melahirkan seberapa ramai pelajar yang boleh

                                                  memperolehi perfect 'A' dalam SPM dan PMR

 

Program Pendidikan Biodiversiti (PPBD)

  • PDF
  • Print
PAYA INDAH WETLANDS, 9 Mei 2010 - Kelab Kembara dan Rekreasi  SMK Palong Timur telah berjaya menganjurkan satu Program Pendidikan Biodiversiti (PPBD) di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor bermula 7 - 9 Mei 2010. Program ini adalah untuk memberikan pendedahan khususnya kepada generasi muda mengenai kepentingan menjaga dan memulihara alam sekitar serta biodiversitinya yang kini menghadapi pelbagai ancaman.  Menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan, para peserta ditanam dengan perasaan sayangkan sumber biodiversiti negara ini dengan melibatkan diri bersama-sama dengan kerajaan untuk menjaga kepentingannya.  Mereka juga boleh menyebarkan pengetahuan yang diperolehi kepada ahli keluarga dan juga rakan-rakan serta golongan masyarakat yang lain.
 

Page 7 of 27

Banner

Login Ahli

Kaunter Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini651
mod_vvisit_counterSemalam2008
mod_vvisit_counterMinggu ini3940
mod_vvisit_counterMinggu lalu15733
mod_vvisit_counterBulan ini13081
mod_vvisit_counterBulan lalu65785
mod_vvisit_counterSehingga kini239431

We have: 17 guests online
Your IP: 38.107.191.115
 , 
Today: Sep 07, 2010

Senarai IPTA

 
  
  
  
  
  

Hiperrangkai

Last Modified

Friday 03 September 2010, 07:20

Hebahan

PENGUMPULAN MAKLUMAT ALUMNI SMK PALONG TIMUR

Jawatankuasa Laman Web SMK Palong Timur adalah dalam proses untuk mengumpul maklumat alumni SMK Palong Timur.  Sehubungan dengan itu, diminta semua alumni SMK Palong Timur dapat menghantar butir-butir diri berikut bagi tujuan tersebut:

Read more...

Mutiara Kata



Senarai PPD Johor

Chat@Palong