Home

Keputusan SPM 2009

  • PDF
  • Print
SMKPL, 11 Mac 2010 - Pada hari ini, majlis penyerahan slip keputusan SPM tahun 2009 telah diadakan di bilik seminar SMK Palong Timur.  Kebanyakan pelajar telah hadir seawal jam 11.30 pagi untuk mengambil keputusan peperiksaan masing-masing.  Selain daripada itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Palong Timur juga telah membuka kaunter khas kepada para pelajar untuk memberi khidmat nasihat dalam pemilihan ke institusi pengajian tinggi/tempat-tempat untuk melanjutkan pelajaran.  Kaunter khas daripada kakitangan UiTM cawangan Johor juga dibuka kepada pelajar-pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk menyambung pengajian ke institusi tersebut.  SMK Palong Timur telah mencatatkan kelulusan 95.2% dalam SPM 2009.  Tahniah kepada pelajar cemerlang SPM 2009, saudari Ermiza Binti Mishtan yang mencatat kelulusan 6A,2B,1C.
 

Latihan Kebakaran

  • PDF
  • Print
Latihan kebakaran kali pertama tahun 2010 telah diadakan pada hari ini yang bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar sekiranya berlaku kebakaran.  Program ini yang terkandung dalam takwim wajib sekolah-sekolah adalah bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pelan kecemasan tersebut dan sekali gus dapat mengelakkan sebarang kejadian buruk daripada berlaku.  Sehubungan dengan itu, para pelajar dan kakitangan sekolah dinasihatkan agar sentiasa peka kepada peraturan kecemasan kebakaran yang telah digariskan.
 

Sambutan Maulidur Rasul 2010/1431H

  • PDF
  • Print
SMKPL, 5 Mac 2010 - Setiap tahun tanggal 12 Rabiul Awal, umat Islam akan memperingati tarikh kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W atau dikenali sebagai Maulidur Rasul.  Sambutan ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang sejarah dan keunggulan Rasulullah S.A.W yang perlu dicontohi dalam setiap aspek kehidupan.  Semoga sambutan ini dapat melahirkan pelajar yang menghayati keperibadian Rasulullah S.A.W dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.
 

STPM 2009 Lulus 100%

  • PDF
  • Print
Warga pendidik SMK Palong Timur mengucapkan tahniah dan syabas kepada calon-calon STPM 2009 yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan di samping mata pelajaran Sejarah mendapat kelulusan 100%.  Secara keseluruhannya juga, SMK Palong Timur telah berjaya mengekalkan kelulusan 100% dalam peperiksaan STPM 2009.  Analisis penuh keputusan peperiksaan STPM akan dipaparkan pada minggu hadapan.
 

Page 11 of 27

Banner

Login Ahli

Kaunter Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini1384
mod_vvisit_counterSemalam1806
mod_vvisit_counterMinggu ini8105
mod_vvisit_counterMinggu lalu15733
mod_vvisit_counterBulan ini17246
mod_vvisit_counterBulan lalu65785
mod_vvisit_counterSehingga kini243596

We have: 19 guests online
Your IP: 38.107.191.119
 , 
Today: Sep 09, 2010

Senarai IPTA

 
  
  
  
  
  

Hiperrangkai

Last Modified

Thursday 09 September 2010, 12:25

Hebahan

Makluman kepada semua guru mata pelajaran SPM 2010:

Tarikh akhir memasukkan markah Peperiksaan Percubaan  SPM 2010 adalah sebelum atau pada 20 September 2010
Sekian untuk tindakan. 

UPP SMKPL 2010

Mutiara Kata



Senarai PPD Johor

Chat@Palong