Home

Aktiviti Gotong-Royong

  • PDF
  • Print
Hari ini berlangsungnya aktiviti gotong-royong membersihkan kelas-kelas dan bilik-bilik khas.  Ini adalah bertujuan untuk memastikan hari pertama sesi persekolahan 2010 dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang ketidakselesaan semasa pembelajaran.  Selain daripada itu, sesi pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan satu 2010 juga diadakan pada hari ini beserta dengan agihan buku teks oleh pihak SPBT.
 

Pendaftaran Sesi Persekolahan 2010

  • PDF
  • Print
SMK Palong Timur, 31 Disember 2009 - Pada hari ini SMK Palong Timur telah menerima pelanggan yang terdiri daripada ibu bapa dan pelajar yang hadir untuk membuat pendaftaran bagi sesi persekolahan 2010. Segala urusan pendaftaran dan pembayaran yuran berjalan dengan lancar.  Terima kasih kepada semua petugas pendaftaran.
 

Jamuan Akhir Tahun BAKTI

  • PDF
  • Print
Palong Timur,18 November 2009-  Badan Amal dan Kebajikan Guru SMK Palong Timur (BAKTI) telah menganjurkan majlis Jamuan Akhir Tahun bagi semua kakitangan SMK Palong Timur. Majlis ini diadakan di Dewan Putra Palong Timur sebagai menghargai jasa guru dan kakitangan SMK Palong Timur sepanjang berkhidmat pada tahun 2009 ini.  Majlis penyampaian cenderahati kepada AJK BAKTI 2008/2009 juga turut diadakan sebagai tanda penghargaan sepanjang berkhidmat dengan BAKTI.
 

Program Restu Ilmu SPM & STPM 2009

  • PDF
  • Print
Program ini merupakan salah satu program rutin sekolah yang diadakan pada setiap tahun bagi kelas-kelas peperiksaan awam PMR, SPM dan STPM.  Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memohon restu daripada guru-guru mereka sebelum menduduki peperiksaan dan guru-guru boleh memberi amanat-amanat yang terakhir kepada pelajar tentang harapan guru, ibu bapa dan sekolah terhadap mereka. Dengan ini diharapkan agar pelajar dapat menduduki peperiksaan yang bakal dihadapi dengan hati yang tenang dan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.  Harapan pihak sekolah ialah agar pelajar calon SPM dan STPM tahun 2009 ini dapat menduduki peperiksaan yang penting ini dengan tenang dan dapat menjawab soalan dengan baik serta memperoleh keputusan yang cemerlang.
 

Page 14 of 27

Banner

Login Ahli

Kaunter Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini668
mod_vvisit_counterSemalam2008
mod_vvisit_counterMinggu ini3957
mod_vvisit_counterMinggu lalu15733
mod_vvisit_counterBulan ini13098
mod_vvisit_counterBulan lalu65785
mod_vvisit_counterSehingga kini239448

We have: 16 guests online
Your IP: 38.107.191.117
 , 
Today: Sep 07, 2010

Senarai IPTA

 
  
  
  
  
  

Hiperrangkai

Last Modified

Friday 03 September 2010, 07:20

Hebahan

Makluman kepada semua guru mata pelajaran SPM 2010:

Tarikh akhir memasukkan markah Peperiksaan Percubaan  SPM 2010 adalah sebelum atau pada 20 September 2010
Sekian untuk tindakan. 

UPP SMKPL 2010

Mutiara Kata



Senarai PPD Johor

Chat@Palong