VISI
Sekolah Unggul Penjana Generasi Gemilang
MISI
"Membangunkan Potensi Individu Pendidikan Berkualiti"
Batu Anam, 28 Ogos 2010 – Takziah kepada cikgu Zakaria Chek sekeluarga di atas kemalangan yang berlaku pada petang tadi yang hampir meragut nyawa anak sulung beliau. Rumah beliau telah terbakar pada jam 2.40 petang tadi dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan pihak Bomba dan Penyelamat. Walau bagaimanapun, menurut maklumat awal daripada pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia, ianya adalah berpunca daripada litar pintas yang bermula dari salah sebuah bilik rumah beliau. Seluruh warga SMK Palong Timur sekali lagi merakamkan takziah kepada beliau sekeluarga dan berharap agar beliau dapat menempuhi dugaan ini dengan penuh kesabaran.
SMKPL, 25 Ogos 2010 - Suasana hiba telah menyelubungi seluruh warga SMK Palong Timur apabila berita mengenai arahan pertukaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk berkhidmat di SMK Buloh Kasap, Segamat dikeluarkan. Seluruh warga SMK Palong Timur amat merasai kehilangan seorang pentadbir yang cukup berdedikasi ini lebih-lebih lagi kerana beliau merupakan antara staf yang paling lama berkhidmat di SMK Palong Timur, iaitu sejak sekolah ini ditubuhkan. Arahan perpindahan ini terpaksa beliau akur dan dengan jawatan yang sama sebagai GPK Pentadbiran di SMK Buloh Kasap, diharapkan agar beliau terus cemerlang dan bertambah maju di sekolah baru.
PENGUMPULAN MAKLUMAT ALUMNI SMK PALONG TIMUR
Jawatankuasa Laman Web SMK Palong Timur adalah dalam proses untuk mengumpul maklumat alumni SMK Palong Timur. Sehubungan dengan itu, diminta semua alumni SMK Palong Timur dapat menghantar butir-butir diri berikut bagi tujuan tersebut:
NOTIS TAWARAN SEBUT HARGA UNTUK KANTIN SMK PALONG TIMUR
BAGI TEMPOH 1.1.2011 HINGGA 31.12.2012
Tawaran adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk menjual makanan dan minuman di Kantin SMK Palong Timur bagi tempoh dua (2) tahun mulai 1 Januari 2011 - 31 Disember 2012.
Mereka yang berminat boleh mendapatkan 'BORANG PERMOHONAN' dan keterangan lanjut dari Pejabat SMK Palong Timur mulai Isnin, 9 Ogos 2010 hingga 20 Ogos 2010 pada waktu pejabat (8.00 pagi hingga 5.00 petang).
Page 2 of 27






![]() | Hari ini | 687 |
![]() | Semalam | 2008 |
![]() | Minggu ini | 3976 |
![]() | Minggu lalu | 15733 |
![]() | Bulan ini | 13117 |
![]() | Bulan lalu | 65785 |
![]() | Sehingga kini | 239467 |
PENGUMPULAN MAKLUMAT ALUMNI SMK PALONG TIMUR Jawatankuasa Laman Web SMK Palong Timur adalah dalam proses untuk mengumpul maklumat alumni SMK Palong Timur. Sehubungan dengan itu, diminta semua alumni SMK Palong Timur dapat menghantar butir-butir diri berikut bagi tujuan tersebut: |
| Read more... |
LAMAN WEB RASMI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEGAMAT |
| SMK Buloh Kasap | SMK Dato' Bentara Dalam | SMK Tenang Stesen | SMK Bekok | SMK LKTP Pemanis SMK (LKTP) Maokil | SMK Seri Jementah | SMK Bandar Putra | SMK Seri Kenangan | SMK Labis | SMK Munshi Ibrahim Labis | SMK Chaah | SMKA Segamat |
SK Temenggong Abdul Rahman | SK Dato' Seri Maharaja Lela | SK Melayu Raya | SK (Felda) Pemanis 1 | SK Kampung Kudung |