VISI
Sekolah Unggul Penjana Generasi Gemilang
MISI
"Membangunkan Potensi Individu Pendidikan Berkualiti"
SMK PALONG TIMUR, 12 Oktober 2009 - Setelah pihak kontraktor terlewat selama dua bulan dalam projek pembinaan bangunan baharu sekolah, akhirnya ia telah siap jua. Satu majlis bersejarah iaitu majlis penyerahan kunci oleh pihak JKR Segamat kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang diwakili oleh Ketua Sektor Pembangunan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor diadakan pada 12 Oktober 2009 bertempat di bangunan baharu SMK Palong Timur.
Sempena dengan kejayaan Umat Islam menjalani ibadah puasa, maka Allah mengurniakan bulan Syawal sebagai hari kemenangan dan kejayaan untuk umatnya. Maka dengan adanya bulan Syawal ini, pihak BAKTI SMK Palong Timur telah berjaya menganjurkan satu majlis untuk warga SMKPL bagi meraikan hari kemenangan ini bersama-sama agar ianya dapat dirasai dengan lebih mendalam dan semangat bekerjasama dalam satu pasukan dapat dipupuk dengan sebaiknya. Majlis ini telah diadakan pada 10 Oktober 2009 dan seekor lembu turut disembelih untuk tujuan aqiqah. Maka inisiatif program ini amatlah signifikan pada masa dan ketikanya dan diharapkan ianya mencapai objektif yang digarapkan.
Program ini merupakan salah satu program rutin sekolah yang diadakan pada setiap tahun bagi kelas-kelas peperiksaan awam PMR, SPM dan STPM. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memohon restu daripada guru-guru mereka sebelum menduduki peperiksaan dan guru-guru boleh memberi amanat-amanat yang terakhir kepada pelajar tentang harapan guru, ibu bapa dan sekolah terhadap mereka. Dengan ini diharapkan agar pelajar dapat menduduki peperiksaan yang bakal dihadapi dengan hati yang tenang dan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Harapan pihak sekolah ialah agar pelajar calon PMR tahun 2009 ini dapat menduduki peperiksaan yang penting ini dengan tenang dan dapat menjawab soalan dengan baik serta memperoleh keputusan yang cemerlang.
Kompleks Institusi Pendidikan (KIP) telah berjaya menganjurkan sambutan hari raya beserta dengan majlis bacaan Yasin dan marhaban pada 1 Oktober 2009. Walaupun program ini adalah di bawah KIP SMK Palong Timur, namun ianya adalah terbuka kepada semua warga pendidik SMK Palong Timur. Terdapat juga tetamu-tetamu jemputan yang telah berpindah dan pernah tinggal di KIP SMK Palong Timur iaitu En. Md Arbain B. Abd Hamed dan En. Hasbullah B. Kamis juga turut hadir. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan majlis penyampaian duit raya kepada anak-anak warga KIP SMK Palong Timur.
Page 16 of 27






![]() | Hari ini | 690 |
![]() | Semalam | 2008 |
![]() | Minggu ini | 3979 |
![]() | Minggu lalu | 15733 |
![]() | Bulan ini | 13120 |
![]() | Bulan lalu | 65785 |
![]() | Sehingga kini | 239470 |
Makluman kepada semua guru mata pelajaran SPM 2010: Tarikh akhir memasukkan markah Peperiksaan Percubaan SPM 2010 adalah sebelum atau pada 20 September 2010. |
LAMAN WEB RASMI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEGAMAT |
| SMK Buloh Kasap | SMK Dato' Bentara Dalam | SMK Tenang Stesen | SMK Bekok | SMK LKTP Pemanis SMK (LKTP) Maokil | SMK Seri Jementah | SMK Bandar Putra | SMK Seri Kenangan | SMK Labis | SMK Munshi Ibrahim Labis | SMK Chaah | SMKA Segamat |
SK Temenggong Abdul Rahman | SK Dato' Seri Maharaja Lela | SK Melayu Raya | SK (Felda) Pemanis 1 | SK Kampung Kudung |