Latihan kebakaran kali pertama tahun 2010 telah diadakan pada hari ini yang bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar sekiranya berlaku kebakaran. Program ini yang terkandung dalam takwim wajib sekolah-sekolah adalah bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pelan kecemasan tersebut dan sekali gus dapat mengelakkan sebarang kejadian buruk daripada berlaku. Sehubungan dengan itu, para pelajar dan kakitangan sekolah dinasihatkan agar sentiasa peka kepada peraturan kecemasan kebakaran yang telah digariskan.Last Updated on Wednesday, 31 March 2010 11:50












