SEJARAH RINGKAS SMK PALONG TIMUR
Dalam usaha meningkatkan pendidikan masyarakat di negara ini, banyak sekolah baru telah dibina khususnya di kawasan bandar. Impian ini telah menjadi kenyataan apabila terbinanya sebuah sekolah menengah di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Palong Timur, Segamat Johor yang pada awalnya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan (L.K.T.P) Palong Timur.
Sekolah Menengah (L.K.T.P) Palong Timur mula dibuka pada 1hb Ogos 1994 dengan tenaga pengajar seramai 18 orang dan 253 orang pelajar yang dipindahkan dari Sekolah Menengah Palong 4, Negeri Sembilan. Sebanyak 7 buah kelas telah dibuka untuk menampung 3 buah kelas tingkatan 2 dan 4 buah kelas tingkatan 1. Pengasas sekolah ini adalah Tn. Hj Ismail B. Werdani yang telah bertungkus-lumus bersama-sama kakitangan sekolah untuk membangunkan sekolah pada masa itu.
Pada awal sesi persekolahan 1994/1995, jumlah pelajar telah meningkat seramai 543 orang dengan tenaga pengajar seramai 25 oran dan 4 orang kakitangan awam. Sebanyak 14 buah kelas telah dibuka untuk menampung pelajar-peajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Semoga dengan terbinanya sebuah sekolah menengah di Felda Palong Timur ini, semakin ramai modal insan yang gemilang dapat dilahirkan.
Last Updated on Wednesday, 30 December 2009 08:48















