Home

Latest

Majlis Berbuka Puasa BAKTI

  • PDF
SMKPL, 2 September 2010 – Badan Amal dan Kebajikan Kakitangan Palong Timur (BAKTI) telah mengadakan majlis berbuka puasa sebagai penutup tirai program di dalam bulan ramadhan ini sebelum kita bercuti untuk menyambut aidilfitri.  Antara tetamu kehormat yang turut sama memeriahkan majlis ialah Penyelaras SMK Palong Timur, En. Rahman B. Sahlan dan YDP PIBG SMK Palong Timur iaitu En. Abd Hamid B. Ariffin. Majlis ini turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada En. Zakaria Chek B. Abd Kadir yang baru sahaja dilanda musibah akibat daripada kebakaran rumahnya.  Selain daripada itu, BAKTI juga menyampaikan cenderahati kepada ustazah Pn. Rahimah Bte. Ibrahim yang akan berpindah ke SMK Dato’ Ahmad Arshad di Batu Anam, Segamat.  Program yang antaranya bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara warga SMK Palong Timur ini diharapkan akan tercapai sepenuhnya.

 

 

Tarikh Akhir Markah Percubaan SPM

  • PDF

Makluman kepada semua guru mata pelajaran SPM 2010:

Tarikh akhir memasukkan markah Peperiksaan Percubaan  SPM 2010 adalah sebelum atau pada 20 September 2010
Sekian untuk tindakan. 

UPP SMKPL 2010

Last Updated on Wednesday, 01 September 2010 09:45

 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-53

  • PDF

Seluruh warga SMK Palong Timur mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-53.  Semangat perjuangan orang-orang terdahulu patut dijadikan teladan kepada kita semua. Sambutlah kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

"1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI"

 

Selamat Datang Kepada GPK Pentadbiran Baharu

  • PDF

SMKPL, 30 Ogos 2010 – Seluruh warga SMK Palong Timur pada hari ini mengalu-alukan kedatangan Guru Penolong Kanan Pentadbiran baharu ke SMK Palong Timur.  GPK Pentadbiran yang dimaksudkan ialah En. Mohamad Shah Bin Hashim yang menggantikan En. Md. Khider B. Abd Rahman yang berpindah ke SMK Buloh Kasap, Segamat pada 26 Ogos 2010.  Berikut adalah sedikit biodata diri En. Mohamad Shah B. Hashim:

Last Updated on Monday, 30 August 2010 10:45

 

Program 5 Minit Benci Zina

  • PDF
Bersempena bulan Ramadhan tahun ini Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah melancarkan satu program kesedaran kepada pelajar-pelajar berkenaan bahaya zina kepada masyarakat. Oleh yang demikian, satu modul telah diwujudkan yang di namakan sebagai "Modul 5 Minit Benci Zina Sekolah-Sekolah Negeri Johor" yang mana bertujuan memberi penerangan ringkas selama 5 minit kepada pelajar-pelajar tentang bahaya perbuatan zina dan kesannya kepada masyarakat. TINDAKAN: Panitia Pendidikan Islam.      [Download Modul]

Last Updated on Monday, 30 August 2010 10:52

 

Page 1 of 20

Banner

Login Ahli

Kaunter Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini686
mod_vvisit_counterSemalam2008
mod_vvisit_counterMinggu ini3975
mod_vvisit_counterMinggu lalu15733
mod_vvisit_counterBulan ini13116
mod_vvisit_counterBulan lalu65785
mod_vvisit_counterSehingga kini239466

We have: 16 guests online
Your IP: 38.107.191.119
 , 
Today: Sep 07, 2010

Hebahan

Makluman kepada semua guru mata pelajaran SPM 2010:

Tarikh akhir memasukkan markah Peperiksaan Percubaan  SPM 2010 adalah sebelum atau pada 20 September 2010
Sekian untuk tindakan. 

UPP SMKPL 2010